Pentarikhan kalium-argon Kalium-40

Urutan pereputan kalium-40.

Kalium-40 penting dalam pentarikhan kalium-argon. Argon ialah sejenis gas yang tidak bergabung secara kimia dengan unsur-unsur lain. Oleh itu, jika suatu mineral terbentuk — sama ada daripada batuan cair atau daripada bahan-bahan terlarut dalam air — ia pada asalnya bebas daripada argon, walaupun terdapat sedikit argon di dalam cecair itu. Namun, sekiranya mineral tersebut mengandungi sebarang kalium, pereputan 40K di dalam mineral itu akan menghasilkan argon-40 baru yang akan kekal terperangkap di dalam mineral itu. Oleh kerana kadar pertukaran ini berlaku telah diketahui, usia mineral itu sejak ia terbentuk boleh ditentukan dengan mengira nisbah atom 40K dan 40Ar di dalamnya.

Argon yang ditemui di dalam atmosfera bumi terdiri daripada 99.6% 40Ar, manakala argon di dalam Matahari — dan berkemungkinan dalam bahan yang wujud sejak dari awal dunia yang memeluwap menjadi planet — kebanyakannya terdiri daripada 36Ar, dan mengandungi kurang daripada 15% 40Ar. Ini menunjukkan yang kebanyakan argon di Bumi terhasil daripada kalium-40 yang mereput menjadi argon-40 yang akhirnya terlepas ke atmosfera.